Wednesday, April 8, 2009

WakMaD ditunda ke bengkel

1 comments

Serdang; kejadian terjadi pada 20 haribulan Mac 2009, lebih kurang jam 10.00 pagi. Masa ni aku dah nak sampai kat site a.k.a opis aku. Time aku tengah layan lagu Hawaiian6 - In Your Hand dan Sing-A-Long lirik die yg aku x bape tau; sambil drive WakMaD ke opis, tiba2 je enjin keta aku mati...

Aku try start balik, tp x bleh. Jadi aku perlahan2 ke sisir jalan. Dah berenti tu, aku try start lagi, tp x bleh. Meter RPM tiba2 naik sampai maksimum. "Aik! Pehal plak la ni??" dah mati kutu aku x tau nak wat camne.
Kebetulan plak time tu si Botak lalu jalan tu. Die berenti, "Samekom... Apahal ni sawal?" die tanya aku. Aku jawab "Tatau la, tiba2 sudah mati wo...". Pastu die tolong aku panggil mekanik yg repair mesin simen kat site aku datang tengok. Dah sampai, die check bateri & fius keta aku. Dgn selamba je die cakap, "Saya pon tatau mau repair apa macam" sambil menggaru bontot die. Jadi aku amik keputusan masuk opis sambil pikirkan ape nak wat ngan keta ni.

Lepas balik sembahyang jumaat kat Masjid Mardi; aku, Wan & Herman gi kat keta. Bedek2, pastu dah boring bedek, aku cakap "Daripada bedek kat tengah panas ni, baik kite tolak bawak masuk site!". Diorg pon setuju. Nasib baik dekat jek, diorang tolak dan aku bawak keta. Tengok diorg berpeluh2 gak... Kuikui. Anyway, thanks ler kengkawan!
Aku call pomen kat semenyih; tempat aku slalu servis keta. Die sampai, check sana, check sini, x jumpa gak. "Ini mau check sama itu komputer la" pomen ni cakap ngan peluh kat dahi kanan die. Jadi aku call wakil insuran aku, tanya die kalo nak tow boleh ke? kene charge ke? Die cakap lebih 200km baru kene charge. Call hotline insuran tu, sroh amik esok. Aku tepon umah, sroh emak amik aku kat opis.

Esoknya, pas call sana, call sini. Keta tow pon sampai kat site aku, nak tow WakMad. Adush!! Baru aku teringat kunci tertinggal kat umah! Aku tepon Apuy sroh anta kunci separuh jalan, patah balik kat site... Pergh! Macam2 hal... Dah, sampai bengkel Membaiki & Servis Kim Mak, Semenyih; pomen tu sroh aku balik dulu. Aku balik, lepak2 sambil mengecat pintu, pomen tu call aku, "Lu punya keta, itu crank cable sulah rosak, mau tukar". "Ok2" aku pon sroh die tukar cable tu.

Aku gi bengkel, pomen tu tunjuk aku crank cable tu. Panjang cable tu dalam 2 kaki jek. Campur check guna komputer ngan upah, aku kene RM330. Nasib baik duit plastik ada... Jadi, kesimpulan cerita ni, aku pon x tau. Saja nak cerita kat sesapa yg baca blog aku yg bosan ni sambil korang pikir2 la kesimpulan die...

p/s: nasib baik claim aku lepas! ;D


 

qopee Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template